Kabar dari Malaysia: Founder JamuDigital- Karyanto Tampil Pada Persidangan PTMN 2024 di Malaysia
Tanggal Posting : Sabtu, 31 Agustus 2024 | 03:07
Liputan : Redaksi JamuDigital.Com - Dibaca : 518 Kali
Kabar dari Malaysia: Founder JamuDigital- Karyanto Tampil Pada Persidangan PTMN 2024 di Malaysia
Founder JamuDigital, Karyanto menjadi narasumber pada Persidangan PTMN 2024 di Kampus UCMI Malaysia.

JamuDigital.Com- MEDIA JAMU, NOMOR SATU. Founder JamuDigital, Karyanto diundang menjadi salah satu- diantara tujuh pembicara yang tampil pada Persidangan Perubatan Tradisional Melayu Nusantara 2024 di Kampus UCMI Kuala Lumpur, Malaysia pada 24-25 Agustus 2024.

Pada event ini, Karyanto memaparkan makalah "Transformasi Perubatan Herba Melayu dalam Rawatan Masa Kini."

Ada 3 Pokok Bahasan yang dijabarkan, yaitu:

  1. Potensi Dahsyat Perubatan Herba Melayu
  2. Tiga Ancaman Disrupsi Dunia
  3. Solusi 5 Transformasi Perubatan Herbal Melayu

CV Karyanto PTMN 2024

Berikut ini tentang PTMN 2024 yang sukses digelar dan diharapkan event PTMN berikutnya diadakan di Indonesia.

1. Sambutan Professor Dr Wan Mohd Azizi Wan Sulaiman, Naib Canselor, Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) Kuala Lumpur, Malaysia dalam rangka Persidangan Perubatan Tradisional Melayu Nusantara (PTMN) 2.0:

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang hadir, baik dari dalam mahupun luarnegara. Kehadiran anda semua jelas menunjukkan komitmen dan minat yang mendalam terhadap perkembangan dan kemajuan bidang perubatan Melayu Nusantara.

Tujuan utama persidangan ini adalah untuk mengukuhkan lagi hubungan kerjasama antara ahli akademik, pengamal perubatan, penyelidik, dan semua pihak yang terlibat dalam bidang perubatan Melayu Nusantara.

Persidangan ini juga bertujuan untuk berkongsi pengetahuan dan hasil penyelidikan terkini, serta membincangkan isu-isu dan cabaran yang dihadapi dalam usaha memperkasakan perubatan tradisional dan integrasinya dengan perubatan moden.

Kampus UCMI 2024

Kita berpeluang mendengar pembentangan dari pakar-pakar yang dihormati dalam bidang masing-masing. Saya percaya, dengan pendedahan kepada pelbagai perspektif dan kajian terkini, kita akan dapat memperkaya pengetahuan dan memahami dengan lebih mendalam tentang perkembangan serta potensi perubatan Melayu Nusantara.

Tidak dilupakan juga, ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan persidangan ini. Kerjasama dan sokongan anda semuaamatlah berharga dan tanpa usaha gigih anda, persidangan ini tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Akhir kata, saya berharap agar persidangan ini dapat berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Semoga kita semua mendapat manfaat yang berguna dan dapat mengaplikasikan ilmu yang diperolehi dalam amalan perubatan kita.

Saya juga berharap agar persidangan ini dapat menjadi platform untuk memperkukuhkan lagi jaringan kerjasama antara kita dan memajukan bidang perubatan Melayu Nusantara ke tahap yang lebih tinggi."

Kampus UCMI KL 2024

2. Pengenalan PTMN 2024:

Fakulti Sains Kesihatan (FSK), Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) akan menganjurkan Persidangan Perubatan Tradisional Melayu Nusantara (PTMN) kali kedua tahun 2024. Persidangan ini akan diadakan selama 2 hari bertempat di Dewan Utama Kompleks Akademik UCMI, Kampus Batu Muda. Penganjuran persidangan pada kali ini adalah susulan dari penganjuran PTMN kali pertama yang telah diadakan pada Januari 2022.

Persidangan kali ini diadakan bagi mengumpulkan pengamal-pengamal perubatan melayu tradisional, ahli akademik, pihak industri dan wakil dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ia bertujuan untuk berkongsi pandangan, pembentangan kajian kes dan memperkasakan perubatan tradisional melayu di kalangan masyarakat serta ke arah integrasi amalan perubatan melayu dan perubatan moden. Perasmian persidangan akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

Kl PTMN 2024

3. Latar Belakang PTMN 2024:

Penganjuran Persidangan Perubatan Tradisional Melayu Nusantara (PTM) kali pertama telah diadakan secara hibrid pada 26 dan 27 Januari 2022 bertempat di Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) dengan kolaborasi bersama Pengamal Perubatan Melayu Tradisional dan Komplementari seluruh Malaysia.

Kaedah perubatan tradisional dan komplementari merupakan salah satu bidang yang diperakui dalam sistem penjagaan kesihatan Malaysia. Dasar Perubatan Tradisional dan Komplementari (PTK) Kebangsaan telah dibangunkan pada tahun 2001 dan disemak pada tahun 2007.

Dasar ini adalah penting dalam merangka Pembangunan PTK di Malaysia dan digunakan sebagai satu panduan bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Berdaftar di bawah Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia dan dikawal selia pelaksanaannya di bawah Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016 (Akta 775).

Hotel KIP KL 2024

Persidangan tahun 2024 kali ini bakal mengangkat dan memartabatkan lagi bidang PTK kepada masyarakat umum. Persidangan ini bertemakan Ke arah Integrasi Amalan Perubatan Tradisional Melayu dan Perubatan Moden. Bidang amalan yang akan dibincangkan adalah Urut melayu, Bekan Perubatan Tradisional, Herba Perubatan Tradisional Melayu, Penjagaan Ibu dan Anak selepas bersalin serta Senaman dan amalam kerohanian.

Melalui persidangan ini juga, skop pelaksananaan bidang PTM dapat disebar luas dan difahami dengan lebih jelas melalui aturcara yang akan disusun secara terperinci sepanjang tempoh dua (2) hari pelaksanaan.

Kemerdekaan KL 2024

4. OBJEKTIF Persidangan Perubatan Tradisional Melayu Nusantara 2.0:

  • Menyediakan platform penyebaran bidang Perubatan Tradisional Melayu kepada umum.
  • Menghimpunkan pengamal berdaftar dari dalam dan luar negara bagi berkongsi pandangan berkaitan sistem pelaksanaan PTM dan mengemaskini ilmu kemahiran/kaedah rawatan di kalangan pengamal
  • Mengenalpasti peranan badan-badan atau agensi-agensi yang mengurus tadbir bidang PTM beserta konsep pemakaian Akta 775.

KL Central 2024

5. MATLAMAT Persidangan Perubatan Tradisional Melayu Nusantara 2.0:

  • Meningkatkan pemahaman masyarakat umum berkaitan bidang PTM.
  • Mengenali dan memahami sistem pelaksanaan bidang PTM di Malaysia dan Nusantara
  • Memahami aspek kawal selia bidang dan pengamal PTM melalui peranan perundangan.

6. Transformasi Perubatan Herba Melaya dalam Rawatan Masa Kini

Founder JamuDigital Karyanto diundang menjadi salah satu diantara tujuh pembicara yang akan tampil pada Persidangan Perubatan Tradisional Melayu Nusantara di UCMI Malaysia. Pada kesempatan event ini, Karyanto memaparkan makalah "Transformasi Perubatan Herba Melayu dalam Rawatan Masa Kini."

Durian KingKL 2024

Ada 3 Pokok Bahasan yang dijabarkan, yaitu:

  1. Potensi Dahsyat Perubatan Herba Melayu
  2. Tiga Ancaman Disrupsi Dunia
  3. Solusi 5 Transformasi Perubatan Herbal Melayu. 

Selama di Kuala Lumpur, Tim JamuDigital bermalam di KIP Hotel, No. 77, Jalan Seri Utara 1, Sri Utara Off Jalan Ipoh, 68100, Kuala Lumpur. Redaksi JamuDigital.Com

Twin Tower KL 2024


Kolom Komentar
Berita Terkait

JAMU DIGITAL: MEDIA JAMU, NOMOR SATU

Tentang Kami

@ Copyright 2024. All Right Reserved.  www.jamudigital.com

  Link Media Sosial Jamu Digital: